Words of Wisdom

Thursday, January 6, 2011

Jodoh dan Cinta

Pilih lah pasangan itu sebaik-baiknya agar kelak hidup penuh harmoni dan bahagia.
Nabi Muhammad s.a.w ada memberikan penekanan kepada sesiapa yang ingin berkahwin agar memilih pasangan yang beragama.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Mereka yang dikahwini atas empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, ke cantikannya dan agamanya. Pilihlah perempuan yang ber agama, nescaya kamu akan diberkati Allah.” (Riwayat Bu khari, Muslim dan lain-lain)
Apa itu Jodoh?
Jodoh nyata nya terbahagi kepada tiga:
i)Jodoh dari Syaitan
-dimana mereka bertemu dan bercinta atas niat yang salah(memuaskan nafsu semata-mata,kesenangan,harta benda dan sebagainya) dan diakhiri dengan perkahwinan yang hanya berniat atas sesuatu kepentingan tanpa keikhlasan.
ii)Jodoh dari Jin
-dimana mereka bertemu dan salah satu diantara tidak menyintai dan menggunakan perbuatan sihir atau sebagainya untuk bersama,bercinta atas sihir yang dikenakan dan diakhiri dengan perkahwinan atas perbuatan khurafat,syirik dan dilaknat Allah/Tuhan.
iii)Jodoh dari Allah/Tuhan
-dimana mereka bertemu dengan keikhlasan dan penuh keredhaan,bercinta tanpa diduga dan hadirnya cinta itu sendiri di hati dengan izin-NYA,dan diakhiri dengan lamaran yang ikhlas yang membawa kepada perkahwinan yang insyaAllah akan berkekalan lama izin Allah.

Apa itu Cinta?
Ada yang mengatakan cinta itu buta.
William Shakespeare menyatakan bahawa cinta itu terlalu buta untuk kita melihatnya dan sehinggakan ada nya cinta itu membuatkan semua nya indah walaupun ia nya tidak seindah mana.
Ada yang mengatakan bahawa cinta itu hanya mitos,permainan jiwa di hati manusia atas ada nya nafsu.
Suka itu suka kerana suka tidak bermakna sayang atau cinta.
Sayang itu sayang kerana sayang itu tidak bermakna cinta.
Tapi cinta itu cinta kerana suka atau sayang tidak boleh menandingi cinta.
Hubungan kasih itu lebih indah,jika rasa suka nya disulamkan dengan rasa sayang,dan suka serta sayang itu lebih mendalam rasa nya bila diulitkan bersama dengan rasa cinta.
Cinta sejati milik Allah,kerana DIA yang memiliki segala nya.kita juga manusia adalah milik-NYA,hamba-NYA yang kerdil.dan Allah juga lah yang memiliki hak mutlak terhadap rasa cinta itu.Pada NYA lah DIA menentukan siapa yang harus bersama dan bercinta.Oleh kerna itu lah,sejak azali lagi manusia ciptaan NYA telah diciptakan berpasang-pasangan.
Allah tidak dapat mengubah nasib atau takdir hamba NYA tanpa ada sebarang usaha dari mereka sendiri.
Cinta itu hadir tanpa diminta dan pergi tanpa diduga kerana Allah yang menentukan segala nya.
Manusia hanya merancang manakala Allah yang menentukan.
Cinta yang benar itu adalah cinta yang hadir tanpa diduga,tanpa diminta kerana hadirnya cinta itu disudut hati atas izinNYA,kerelaanNYA.Cinta yang benar itu juga adalah cinta yang berlandaskan agama,kejujuran,keikhlasan,keredhaan qadak dan qadar,kesabaran dan pengorbanan.
Jika kita cinta,bimbinglah ia ke jalan yang benar dengan penuh kelembutan dan kasih sayang.
Jika kita cinta,doakan lah kesejahteraannya kerana doa yang dilakukan tanpa pengetahuan sesiapa akan dibalas semula oleh malaikat(malaikat akan mendoakan perkara baik yang didoakan terhadap insan yang mendoakan itu)
Jika kita cinta,jujur dan ikhlas lah pada nya.semaikan kejujuran dan keikhlasan pada hubungan dan ikatan itu maka harmoni dan bahagia lah ia atas izin Allah.
Jika kita cinta,percaya lah pada kekuasaan Allah itu.Terima kehadiran dan pemergiaannya dengan redha.Terima lah qadak dan qadar.Sesungguhnya Allah itu lebih mengerti dan lebih tahu.
Jika kita cinta,sabar lah menanti nya,sabar lah bersama nya,sabar lah apabila diduga.sabar dan tawakal lah kerana ujian diberikan atas niat yang baik dan mulia.kerana sabar itu kunci utama kebahagiaan bersama.
Jika kita cinta,berani lah untuk berkorban atas ketentuan Allah itu sendiri,berkorbanlah demi kebaikannya,berkorbanlah demi kebahagiaannya.

cinta itu tidak semestinya bersama,jodoh itu tidak semestinya esok atau lusa,tidak semestinya juga di dunia.jika benar itu cinta lepaskan ia pergi dengan keredhaan qadak dan qadar,dengan penuh tawakal,jika ia cinta dan jodoh yang telah diciptakan buat kita ia tidak akan kemana.usaha lah dengan mencuba dan tawakal sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib atau takdir hambaNYA tanpa usaha hambaNYA itu sendiri.

p/s:i never thought i can make this kind of post.hahaha.but this post truly come from what i feel,what i think and from what i've been through.i guess maybe being alone and the book that i'm currently reading make me think more bout everything.even tho i'm so damn lost right now.i just hope that i'm lost in YOUR way.

No comments:

Post a Comment